ads

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

KABUL: Lima anggota misi sokongan antarabangsa NATO di Afghanistan terbunuh manakala lima yang lain cedera apabila helikopter tentera British terhempas di ibu negara, Kabul.
Misi Resolute Support yang memberikan angka korban itu tidak pula menyatakan kewarganegaraan mereka yang maut atau cedera. Menurutnya, nahas itu berlaku tengah hari semalam di ibu pejabatnya di Kabul tanpa memberikan butiran lanjut.

5 maut nahas helikopter tentera British di Afghanistan


Kementerian Pertahanan Britain menyatakan di laman webnya bahawa dua anggota Tentera Udara Diraja terbunuh apabila helikopter Puma Mk 2 itu terhempas ketika mendarat di pangkalannya.


"Insiden itu sedang disiasat tetapi kami boleh sahkan bahawa nahas itu bukan akibat aktiviti keganasan," menurut kementerian itu tanpa menyatakan sebarang korban lain di pihak NATO.

Misi ketenteraan NATO di Afghanistan sudah berakhir tetapi kira-kira 12,000 anggota, kebanyakan tentera AS, kekal di Afghanistan sebagai sebahagian daripada Resolute Support yang menumpukan kepada usaha melatih pasukan keselamatan negara itu. - Reuters

About Tafhajils Iqnesdha

Anda sedang membaca artikel ( 5 maut nahas helikopter tentera British di Afghanistan ) . Yang ditulis oleh Tafhajils Iqnesdha . Pada hari ( Monday, 12 October 2015 ) . Jika anda ingin sebarluaskan artikel ini, mohon sertakan sumber link asli. Kritik dan saran dapat anda sampaikan melalui kotak komentar. Terima kasih , Salam.

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment


Top