Ini adalah satu PERKAWINAN yang pelik apabila seorang bekas pemotong batu dari wilayah Jundiai di Brazil akan ‘berkahwin’ dengan kambing peliharaannya bernama Carmella.
Oleh sebab tiada gereja Kristian yang menerima ‘perkahwinan’ manusia dan
binatang, pasangan pelik itu akan dikahwinkan di sebuah gereja dikenali
sebagai Gereja Syaitan.
Menurut entri di odditycentral.com, manusia sebelum ini pernah
‘berkahwin’ dengan haiwan peliharaan mereka tetapi majlis diadakan dalam
gaya santai dan hanya sebagai simbolik.
Bagi si pemotong batu ini Aparecido Castaldo, seorang duda kepada tujuh
orang anak tetap mahu ‘berkahwin’ dengan kambingnya dengan satu majlis
di gereja oleh seorang paderi seperti kebiasaan tetapi tiada gereja
Kristian menerima dan mahu mengahwinkan mereka berdua.
Castaldo kemudian menghubungi Toninho do Diabo (Tom si Syaitan) seorang
rakan lamanya yang kebetulan adalah pemuja Syaitan paling terkenal di
Brazil.
‘Perkahwinan’ itu akan diadakan pada tengah malam 13 Oktober depan di Gereja Syaitan di Sao Paolo, Brazil.
“Hanya gereja kami yang menerima ‘perkahwinan’ antara manusia dan
binatang kerana kami tidak mempunyai sebarang prejudis,” menurut
Toninho.
Castaldo ‘jatuh cinta’ dengan kambingnya sejak dua tahun lalu, dan duda
itu juga telah menerimanya sebagai ‘ibu tiri’ kepada tujuh anaknya itu
yang kesemuanya akan hadir pada hari ‘perkahwinan’ itu.
Biarpun ‘perkahwinan’ mereka mencetuskan kontroversi di kalangan
masyarakat, hubungan itu juga menarik minat beberapa aktivis kebajikan
haiwan dengan kebimbangan Castaldo bakal melakukan hubungan seks dengan
kambingnya.
“Apabila saya melakukan sesuatu yang salah, dia tidak boleh berkata
apa-apa, dia juga tidak meminta wang untuk membeli-belah dan tidak akan
mengandung, saya hanya mahukan dia sebagai teman saya yang sunyi” kata
Castaldo.
Menurut Castaldo, ada satu perkara dia tidak berpuas hati dengan
kambingnya itu ialah cuba untuk memakan semua benda termasuk baju
‘perkahwinan’ yang bakal dipakainya.
No comments: